Khamis, 30 April 2009

Berani dan sanggupkah Timbalan Speaker Hee Yit Fong menggantikan Sivakumar
Siapakah Akan Ganti Speaker Pada 7 Mei?
Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?
Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:
1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan ’salah dan malu’2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut3) duduk atas kerusi Speaker4) menghadapi cabaran ‘dewan yang panas’ pada hari tersebut
Hee Yit Fong tidak berani bersemuka dengan pengundi-pengundi Jelapang sehingga hari ini. Beliau telah menghilangkan diri sejak dia lompat keluar dari parti DAP. Dalam keadaan ini, sudah tentu beliau tidak berani untuk menawarkan dirinya menggantikan V.Sivakumar pada 7 Mei 2009. Tetapi, bagi orang-orang yang tidak bermaruah, mereka sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri. Kita tunggu dan lihat……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan