Isnin, 27 Julai 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.

Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

Khamis, 16 Julai 2009

Tawassul - TG Nik Aziz





Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas air wuduk baginda. Kalaulah kita hadir pada ketika itu, bagaimanakah sikap dan tanggapan kita terhadap perlakuan para sahabat tersebut ? Adakah kita akan menghukum mereka sebagai keterlaluan dalam perbuatan "ngalap berkat" Junjungan SAW melalui bekas air wuduk baginda? Sudah tentu kita tidak akan berani memberi kritikan sedemikian terhadap para sahabat yang mulia radhiyaAllahu `anhum ajma`in.

Sesungguhnya amalan bertabarruk dan bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi tegahan di sisi Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Hanya tokoh seperti Ibnu Taimiyyah al-Harrani yang cepat menghukumkannya sebagai haram dan sebagainya. Bertawassul merupakan satu sebab bagi menghasilkan permohonan kita
daripada Allah SWT. Doa yang merupakan ibadah merupakan satu wasilah, tawassul merupakan satu lagi wasilah, maka jika seseorang berdoa dengan bertawassul, maka dia mempersembahkan dua sebab agar Allah mengabulkan permintaannya. Allahu .. Allah, jika ditambahkan lagi dengan wasilah tempat yang suci seperti tanah haram, waktu yang berkat seperti hari `Arafah, ditambah lagi dengan melakukan amalan sholeh yang lain sebelum berdoa seperti bersedekah, maka makin banyaklah sebab dihadapkan kepada Allah agar permintaan kita ditunaikanNya, walaupun hak kuasa mutlak tertentu bagi Allah SWT yang menjadikan sekalian sebab. Fahamilah wahai ikhwah, agar kalian tidak gegabah menghukum orang yang bertawassul dan menjadi seorang yang fobia dengan tawassul.

Berbalik kepada kisah tabarruk para sahabat, maka Tok Guru Nik 'Abdul `Aziz bin Nik Mat hafizahUllah, dalam karya beliau "Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman", turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk "Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam". Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat. Pada halaman 175 - 176, Tok Guru menulis, antara lain:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari. Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.

Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.

Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Jelas Tok Guru Nik `Abdul `Aziz tidak anti - tawassul dan tabarruk, bahkan Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa mereka - mereka yang melarang bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. setelah baginda wafat adalah orang-orang yang sesat yang tidak ada kasih dalam hati mereka kepada Junjungan Nabi SAW. Maka hendaklah kalian ambil perhatian. Bahkan Tok Guru sewaktu perasmian bangunan Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Ogos 2001 telah memperkenalkan Doa an-Nashiri yang disusun oleh seorang waliyullah Sidi Muhammad bin Nashir ad-Dar`i rahimahUllah. Dalam doa tersebut terkandung tawassul dengan Junjungan Nabi SAW dan para awliya` pelbagai maqam seperti quthub, awtad, abdal, nujaba` dan nuqaba`. Oleh itu kalau pun tak mahu bertawassul, janganlah mudah-mudah menuduh orang yang bertawassul sebagai syirik dan sebagainya. Moga taufiq dan hidayahnya Allah dianugerahkanNya kepada kita sekalian berkat jah Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW yang menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Ahad, 12 Julai 2009

ISLAM AGAMA FITRAH


Segala puji bagi Allah Yang telah mengutus pemandu yang membawa kitab panduan untuk

.menyelamatkan manusia dari kehancuran dan mengarahkan menusia kepada kemenangan

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai". (Q.S. At Taubah: 33)

Sholawat serta salam semoga tercurah atas Pemandu kita juga keluarga beliau dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman.

Al-Islam adalah ajaran fitrah dan mengajak manusia kepada keselamatan, rasa aman, ketentraman, kedamaian, kesejahteraan, dan kebahagiaan. Al-Islam adalah ajaran yang berlandaskan kepada Kalamullah dan Sunnah RasulNya.

Sudah fitrah manusia ingin selamat. Coba bayangkan jika Anda memasuki suatu area, di depannya ada tulisan Area Beranjau. Anda mungkin setengah percaya. Tetapi disebabkan Anda ingin selamat, Anda berjalan dengan hati-hati. Di saat kaki Anda menyentuh sesuatu yang Anda sadari bahwa itu adalah ranjau, barulah Anda yaqin bahwa daerah itu memang beranjau. Akhirnya Anda lebih hati-hati lagi.

Islam datang bukan untuk mengekang manusia, tetapi disebabkan Allah sayang kepada manusia. Islam datang agar manusia berhati-hati. Sudah banyak bukti, bahwa orang yang tidak mengindahkan ajaran Islam sehingga tidak berhati-hati- akhirnya tertipu, gelisah, berpenyakit kronis, stres, gila, hancur masa depannya, sengsara, dsb. Islam adalah agama yang sempurna, agama yang sesuai dengan fitrah, agama yang membawa keselamatan, keadilan, kedamaian, kesejahteraan, kebenaran, dan segala kebaikan.

Syariat Islam dengan pedoman berupa Al-Qur`an dan Hadits, apabila diamalkan tanpa iman, ia akan menjadi penerang di dunia; apabila diamalkan dengan iman dan keyaqinan akan menjadi penerang di dunia dan petunjuk di akhirat.

"(Al-Qur’an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. "(Q.S. Ali Imran: 138)

"Al-Qur’an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. "

(Q.S. Al-Jatsiyah: 20)

Jika Anda berkunjung ke Singapura, dan kebetulan Anda melihat seseorang membuang sampah sembarangan dan diketahui petugas, maka anda akan melihat orang itu akan dicambuk oleh petugas tersebut. Kejamkah? Jika orang yang membuang sampah sembarangan saja dicambuk, maka orang yang berzina lebih pantas untuk dicambuk. Orang yang melakukan pencurian dan korupsi lebih pantas untuk dipotong tangannya. Ini semua adalah untuk kebaikan masyarakat juga. Kita tentu membenci perbuatan korupsi dan prostitusi. Sebab keduanya sangat merusak sendi-sendi kehidupan yang beradab. Begitu pula dengan minuman keras dan narkotika. Semua kejahatan berat memang harus ditindak dengan tegas, agar ketentraman hidup tetap terjaga. Amputasi, terkadang diperlukan untuk mencegah menjalarnya penyakit.

Anda mungkin pernah mendengar bagaimana sistem zakat yang tertib telah memaâmurkan masyarakat pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz bin Umar bin Khaththab. Jika kita berusaha untuk mencari agama yang lebih baik dari Islam, maka pastilah kita tidak menemukannya. Dengan menjalankan syariat Islam di berbagai bidang kehidupan itulah kita dapat meraih kejayaan. Jika ada yang sudah jelas, kenapa harus cari yang remang-remang?

"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Q.S. Ali Imran: 85)

Sabtu, 11 Julai 2009

ISRAK DAN MIKRAJ


Ustaz Dr. Abdullah Yasin

(سورة الإسراء)
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (١)
Terjemahan:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Al-Israk 17:1)
Beberapa Pendapat Tentang Israk Dan Mikraj:
Manusia berbeda pendapat tentang kejadian Israk dan Mikraj. Ada yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dengan jasad dan roh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dan ada pula yang berpendapat hanya dengan roh tanpa jasad.
Sebahagian mereka mengatakan peristiwa itu dilalui olih baginda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dalam keadaan mimpi, dan ada pula yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dalam keadaan jaga dan bukan dalam tidur.
Dalam hal ini, menurut kebanyakan (jumhur) ulama; Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dengan jasad dan roh baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) serta dalam keadaan jaga, Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat (perkara luar biasa yang diberikan olih Allah kepada RasulNya) dengan tujuan untuk memperkokoh kedudukan kerasulannya.
Tafsiran Ayat:
Maha Suci Allah:
Allah SWT mensucikan diriNya, Allah mengagungkan urusanNya karena kodrat atau kuasaNya yang tiada tolok bandingannya. Tidak ada seorangpun yang dapat mengatasi kemampuanNya.
Biasanya penggunaan kata TASBIH adalah untuk menyatakan keagungan sesuatu. Sesuatu ayat jika diawali olih tasbih biasanya untuk menyatakan perkara yang besar dan agung. Dan kalaulah seseorang itu tidak benar-benar mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya, maka sudah pastilah mereka tidak akan dapat mempercayainya.
Tetapi sekiranya sudah sempurna TASBIH (pensuciannyaterhadap Allah SWT) maka mereka akan dapat menerima hakikat itu. Malahan lebih daripada itupun mereka bolih percaya. Ini sebagaimana sikap Abu Bakar, yang sempena peristiwa inilah beliau akhirnya mendapat gelaran Ash-Shiddiq.
Dan kalaulah peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dengan roh dan dalam mimpi, maka tidak perlulah ayat tersebut diawali dengan TASBIH karena itu adalah perkara biasa dan semua orang dapat melakukannya dengan mudah. Dan jika demikian tidak timbullah peristiwa murtad beramai-ramai daripada kalangan sahabat yang baru memeluk Islam.
Yang Telah Memperjalankan HambaNya Pada Suatu Malam:
Penggunaan kata ( أَسْرَى ) adalah khas untuk menyatakan perjalanan itu berlaku pada waktu malam. Sedangkan kata hambaNya (بِعَبْدِهِ) ini memperkuat dalil bahwa peristiwa itu berlaku dengan roh dan jasad. Karena kata (عَبْدٌ ) artinya hamba dan setiap hamba mestilah terdiri daripada dua unsur jasmani dan rohani.
Sedangkan kata (لَيْلاً ) artinya pada waktu malam. Dan karena kata tersebut dinayatakan dalam bentuk nakirah (tanpa alif laam) maka menurut kaedah bahasa ia memberi faedah untuk menyatakan sebahagian ( لِلّتَبَعِيْض) iaitu segelintir malam, bukan semalaman penuh.
Daripada Masjid Al-Haram Ke Masjid Al-Aqsa:
Perjalanan Israk adalah daripada Masjid Al-Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Sedangkan perjalanan Mikraj pula ialah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit yang tujuh dan selanjutnya ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menemui Allah SWT.
Yang Telah Kami Berkati Sekelilingnya:
Maksudnya: Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya (Syam) telah mendapat berkat daripada Allah. Keberkatan kawasan ini ada dua jenis iaitu; Pertama: Barakah Hissiyah (keberkatan fisikal) iaitu dengan menyuburkan tanahnya. Kedua: Barakah Maknawiyah iaitu dengan menurunkan di negeri itu kebanyakan nabi-nabi.
Agar Kami Perlihatkan Kepadanya Sebahagian Daripada Tanda-tanda (Kebesaran) Kami:
Dari ayat di atas dapat disimpulkan bahwa di antara tujuan Allah mengisrakkan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) adalah untuk memperlihatkan kepada baginda segelintir daripada tanda-tanda kebesaranNya.
Di antara gambaran yang diperlihatkan olih Allah kepada Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dalam perjalanan Israk dan Mikraj ialah:
  1. Nenek tua yang memanggil-manggil Nabi (sallallahu alaihi wasalam). Ini adalah gambaran umur dunia. Sebagaimana sisa umur nenek tersebut begitulah lebih kurang sisa umur dunia ini.
  1. Kaum yang dihadapannya ada daging yang baik dan daging yang busuk, lalu ia makan daging yang busuk. Ini gambaran manusia yang lebih suka memuaskan nafsunya dengan cara yang haram daripada cara yang halal.
  1. Kaum yang memukul-mukul kepalanya sendiri dengan batu tajam. Ini gambaran manusia yang malas melakukan salat wajib.
  1. Kaum yang mengguntingkan lidahnya sendiri. Ini gambaran orang yang pandai bercakap tetapi tidak berbuat.
  1. Kaum yang mengangkat kayu api. Semakin berat dirasakannya tetapi semakin ditambahnya lagi bebanannya itu. Ini gambaran manusia yang gila kuasa. Walaupun ia tidak mampu melaksanakan tugas-tugas yang ada, namun ia tetap ingin dan ambisi untuk mengejar jawatan dan tugas yang lain.
  1. Kawasan perkuburan yang harum semerbak baunya. Ini gambaran kuburan Nasyithah dan keluarganya iaitu tukang sisir anak Fir’aun yang direbus dalam kawah minyak karena teguh mempertahankan tauhidnya.
  1. Kaum yang memotong-motong daging rusuknya sendiri yang kanan dan kiri. Inigambaran yang suka memfitnah dan mengumpat dan mencaci orang Islam lainnya.
Sesungguhnya Dia Adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat:
Allah Maha Mendengar segala perbualan orang-orang Quraisy yang mendustakan cerita Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) itu. Dan Dia Maha Melihat segala gerak-gerik orang-orang Quraisy yang telah membuat beberapa isyarat sebagai tanda pendustaan mereka terhadap berita yang disampaikan olih baginda (sallallahu alaihi wasalam).
Mikraj:
Adapun Mikraj pula ialah alat untuk naik. Kalau Israk baginda menonggang Buraq. Maka Mikraj pula dengan menggunakan mikraj (tangga suci) sambil diiringi olih Jibrail iaitu daripada Masjid Al-Aqsa ke langit.
Sesampainya di langit pertama, Jibrail memberi salam kepada penjaga pintu langit pertama. Dia bertanya: Siapa kamu? Jibrail menjawab: Jibrail. Ditanya lagi: Siapakah orang yang bersamamu itu? Jawab Jibrail: Muhammad Rasulullah. Demikianlah pada setiap langit.
Di langit pertama baginda menemui Nabi Adam. Di langit kedua bertemu Nabi Yahya dan Isa. Di langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf. Di langit keempat bertemu dengan Nabi Idris. Di langit kelima bertemu dengan Nabi Harun. Di langit keenam bertemu dengan Nabi Musa dan di langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim.
Baginda meneruskan lagi perjalanannya hingga ke Sidratul Muntaha. Malaikat Jibrail tidak dibenarkan untuk naik ke tempat yang lebih tinggi lagi. Akhirnya Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) naik sendiri tanpa iringan Jibrail untuk menemui Allah SWT.
Disanalah baginda menerima perintah salat 50 kali sehari semalam. Dan setelah kembali, atas nasihat dan saranan Nabi Musa, baginda Rasul naik lagi menemui Allah untuk mendapat keringanan yang akhirnya hanya tinggal 5 waktu sehari semalam.
Beberapa Pengajaran Dari Peristiwa Israk Mikraj:
1. Betapa hebatnya kedudukan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dibandingkan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain. Peristiwa semacam ini tidak pernah dilalui olih para rasul yang lain. Malahan ketika di Masjid Al-Aqsa baginda disuruh olih Jibrail supaya mengimami semua rasul terdahulu.
2. Betapa tingginya kedudukan perintah salat sehingga mesti diambil sendiri secara langsung olih baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) dari sisi Allah SWT.
3. Semua gambaran yang diperlihatkan kepaa baginda (sallallahu alaihi wasalam) adalah mengandungi pengajaran secara tersendiri.

Jumaat, 3 Julai 2009

ULANG TAHUN KELAHIRAN


Hari ini, genaplah umurku yang ke 35 tahun. Ini bermakna semakin hampir aku nak mengadap Rabbul Jalil. Mudah-mudahan anugerah kesihatan yang diberikanNya tidak aku sia-siakan. Di rumah dan di tempat kerja ucapan tahniah dan selamat diucapkan oleh isteri, anak-anak dan rakan-rakan setugas. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang ikhlas melafazkan kalimah tahniah dan selamat itu.

Rata-rata orang bergembira apabila menyambut ulang tahun kelahiran, tetapi aku berasa risau apabila umurku semakin meningkat. Rasa-rasa amal soleh yang aku lakukan masih belum cukup untuk dijadikan bekalan bertemu Rabbul Izzati nanti. Aku berharap, azam sempena menyambut ulang tahun kelahiran ini, aku akan menggandakan amal soleh kerana takut-takut dijemput oleh Sang Pencipta bila-bila masa.

Ramai orang terpengaruh dengan usia yang masih muda daripada melakukan amal ibadah dan begitu juga dengan badan yang sihat menjadi ukuran bahawa petanda maut masih jauh. Aku teringat pepatah orang tua-tua:

" Jangan tertipu dengan usia yang muda, kerana mati tidak syarat tua dan jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati tidak syarat sakit."

Maut/mati tidak mengenal usia tua atau muda, berpenyakit atau sihat, sampai ajal apabila Allah perintahkan Izrail menjalankan tugasnya tidak lewat atau cepat sesaat akan dilaksanakan olehnya. Begitulah hamba Allah yang melaksanakan tugasnya tanpa ditangguh-tangguh lagi kerana perintah Allah mesti dipatuhi sepenuhnya.

Ya Allah, berilah kekuatan fizikal kepada ku agar aku dapat melaksanakan tugas sebagai hamba Mu. Peliharalah diriku daripada melakukan maksiat terhadap Mu. Ampunkanlah dosa ibubapaku yang susah payah mengasuhku dari kecil. Ampunkanlah dosa isteriku serta anak-anakku. Tidak ku lupa ampunilah dosa mentuaku. peliharalah mereka semua agar menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah.

Amin Ya Rabbal Aaalamin.....