Khamis, 30 April 2009

Berani dan sanggupkah Timbalan Speaker Hee Yit Fong menggantikan Sivakumar
Siapakah Akan Ganti Speaker Pada 7 Mei?
Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?
Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:
1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan ’salah dan malu’2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut3) duduk atas kerusi Speaker4) menghadapi cabaran ‘dewan yang panas’ pada hari tersebut
Hee Yit Fong tidak berani bersemuka dengan pengundi-pengundi Jelapang sehingga hari ini. Beliau telah menghilangkan diri sejak dia lompat keluar dari parti DAP. Dalam keadaan ini, sudah tentu beliau tidak berani untuk menawarkan dirinya menggantikan V.Sivakumar pada 7 Mei 2009. Tetapi, bagi orang-orang yang tidak bermaruah, mereka sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri. Kita tunggu dan lihat……..
HUKUM ORANG KAFIR MEMBACA AL-QURAN

1. Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halam 72)

2. Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" (I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

3. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata:"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

4. Syeikh Daud al-Fatani berkata:"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49) Pada akhir tahun ke-6 Hijrah (628 M),

5. Nabi saw telah menulis dan mengirim surat kepada para kepala suku dan raja di tanah Arab dan sekitarnya. Misalnya, kepada Kaisar Byzantium, Amir Bashra, penguasa Damaskus (Al-Kharits bin Abi Syamr), penguasa Mesir (Muqauqis), Raja Habasyah (Negus/Najasyi), penguasa Persia (Kisra), penguasa Bahrain (Al-Mundzir bin Sawi), penguasa Oman, dan lain-lain.
Nabi saw menulis surat diawali dengan bacaan bismillahi ar-rahman ar-rahim diikuti dengan kalimat ajakan supaya masuk agama Islam. Nabi saw juga menukil beberapa ayat Al-Qur’an sebagai penguat pesan ke-Nabiannya. Misalnya, ketika Nabi saw menulis surat kepada Hercules, kaisar Bizantium, beliau menulis: “Bismillahi ar-rahman ar-rahim. Min Muhammad bin Abdillah ila Hurqul ‘adzim Ar-Rum salamun ‘ala man ittaba’a al-huda, amma ba’du…”

Di akhir surat, Nabi saw menukil surat Ali Imran ayat 64:
“…Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (Muhammad Khudlari Bek, Nur Al-Yaqin: 194).

Rabu, 29 April 2009

Hukum org kafir masuk dlm masjid

Ada tiga mazhab dlm masalah ini:
1. Mazhab Hanafi: Boleh masuk semua masjid.
2. Mazhab Syafie: Boleh masuk masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram makkah.
3. Mazhab Maliki: Tidak boleh masuk masjid melainkan kerana darurat kerja.

Hujjah kepada pendapat yg membenarkan org kafir masuk ke masjid:
1. Ramai org2 kafir masuk ke masjid Nabi dan duduk lama disitu.
2. Thumamah bin Athal diikat dtiang Masjid Nabi.
3. Org2 Nasrani Najran masuk ke masjid Nabi.

Rujukan: Al-Wajiz fil Feqhil Islami.
P'raya Penanti: Umno putuskan esok

Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya petang esok.Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan-badan perhubungan Umno negeri.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut pada 23 Mei depan.Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.Semalam, SPR mengumumkan Datuk Dr Mansor Othman, 58, sebagai calonnya di Penanti.Pemilihan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang semalam.

SELAMAT DATANG KE BLOG abuhusnie


Terima kasih kepada pengunjung2 kerana sudi melayari blog ini, semoga anda sentiasa menjenguk ke blog ini dan memberi komen yang membina agar penulis sentiasa memberi info yang berguna kepada setiap pengunjung.