Isnin, 26 Oktober 2009

Sudahkah lakukan 11 perkara kepada anak-anak anda





Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.


1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.

Riwayat Ad-Dailami

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.

2. Rukun Islam Dan Iman.

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-

Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.

Riwayat Bukhari

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”.

Riwayat Baihaqi

Sabdanya lagi :

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”.

Riwayat Ahmad

4. Menunaikan Perintah Allah.

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:

Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.

Riwayat Hakim

Sabdanya lagi

Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.

Riwayat An-Nasaei

5. Meninggalkan Larangan Allah.

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.

Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.

Rasulullah saw. bersabda:

Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.

Riwayat At-Tarmizi

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.

Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-

Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”.

Riwayat At-Tabrani

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.

Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:

Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:

“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:“Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.

Riwayat Ahmad & An-Nasaei

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:

Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu.

Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah s. a. w

Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”.

Riwayat Ibnu Majah

Aishah r. a. berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain

Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:

Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.

Satu proses tarbiah diri dan keluanga.

Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.

11. Halaqah Muhasabah

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan

Jumaat, 23 Oktober 2009

PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W


PIN yang mempunyai gambar lelaki yang disebut sebagai Nabi Muhammad beredar di Makassar, Sulawesi. Peredaran pin ini meresahkan masyarakat, khususnya umat Islam. Pin tersebut pertama kali ditemui oleh seorang anggota Forum Komunikasi Muslimah Makassar. Pin tersebut milik kepada seorang wanita bernama HDY (samaran).

Namun HDY mengaku, dia bukan pemilik pertama benda tersebut. Pin itu dibelinya dengan harga Rp 20 ribu (RM7.19) dari seorang wanita bernama MAR. HDY dan MAR selama ini memang kawan perniagaan busana Muslimah. Pin yang menggemparkan itu berbentuk bulat, berdiameter sekitar 5 cm dan berwarna asas hijau muda. Pada pin itu, gambar wajah jejaka yang disebut sebagai Nabi Muhammad sangat tampan.

Hidungnya mancung dengan bibir yang tidak tipis atau tebal. Alisnya juga tebal rapi. Demikian pula matanya yang berwarna cokelat. Kepalanya tertutup serban putih bergaris-garis hijau. Di sebelah telinga kanan terlihat gulungan serban yang menyerupai kembang.

Gambar hanya tampak sampai leher saja. Di bawah gambar, ada tulisan Arab berbunyi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wassalam. Tulisan Muhammad Rasulullah berhuruf besar. Hampir sepuluh kali lebih besar dibandingkan tulisan Sallallahu Alaihi Wa Alihi wa Sallam.

Pihak bertanggung jawab perlu ambil perhatian, mengawasi supaya tidak menimbulkan kegelisan dan meresahkan umat Islam. Bukan sahaja di Indonesia bahkan perlu diawasi supaya tidak merembas masuk ke Malaysia atau tersebar negara-negara lain di dunia.

Rabu, 21 Oktober 2009

SAAD IBNU MUAZ AL-ANSORY

Saad bin Muaz, beliau adalah seorg sahabat yang berkulit amat hitam. Kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata janganlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yang lain samada ada diantara mereka yang tahu tempat tinggal seorang gadis yang amat terkenal kecantikannya di Madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. Sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi s.a.w sendiri yang menjamin Saad.
Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, Saad pun menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. Lalu terperanjatlah bapa wanita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau Saad keluar dari rumahnya. Lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. Wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. Tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan Saad yang hodoh orangnya itu? Maka kata anaknya, mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana Saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Apabila Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.
Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Sayyidina Abu Bakar (kalo tak saya, nnt sy check balik) dan meminta 10 dinar dan Saiyyidina Ali berjumlah 10 dinar. Lalu pergilah Saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Sayyidina Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Sayyidina Ali memberi 20 dinar. Lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. Lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah Saad membeli barang keperluan rumahtangganya.
Semasa memilih barang keperluannya, terdengar Saad jeritan mengatakan Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang (sabilillah) kerana musuh telah tiba, lalu Saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. Sesampainya beliau dilihat telah ramai orang bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah Saiyyidina Umar (yg ni pun lupa, sahabat yg mana, nanti check balik). Berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana Saad perperisai penuh menutup muka, ada yg mengatakan mungkin datang dari Yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

Menurut riwayat. Saad ibnu Muaz ini syahid di dalam peperangan Ahzab (Khandak), berpuluh anak panah terlekat di batang tubuhnya. Beliau memeluk Islam ketika umurnya mencecah 31 tahun dan wafat ketika umur 33 tahun. Ketika saat kematian Saad ibnu Muaz, bergegar arasy Allah dan para Malaikat di langit menangis kerana kematian Saad ibnu Muaz yang hitam legam tadi. Nabi pernah bersabda, mafhumnya: “ tidak ada lebihnya orang arab ke atas orang ajam dan tidak ada lebih orang berkilit putih ke atas orang berkulit hitam”. Firman Allah: ‘ sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’

Ahad, 18 Oktober 2009

KELUASAN RAHMAT ALLAH


Keihsanan Allah SWT tiada taranya, rahmatNya amat luas walaupun seksaanNya amat pedih dan dahsyat. Sesiapa yang melaksanakan satu kebajikan pasti akan mendapat ganjaran walaupun ianya hanya seberat zarah. Seseorang yang melakukan amal sholeh pasti tidak akan dipersia-siakan Allah. Tidak ada balasan bagi sesuatu keihsanan melainkan ihsan jua. Keihsanan Allah terhadap hamba-hambanya yang mukmin tidak terputus dari dunia hinggalah ke akhirat. Sewaktu-waktu di alam barzakh, tatkala arwah orang mukmin menunggu tibanya hari kebangkitan, rahmat belas ihsan Allah tetap berlaku. Samada disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri tatkala hidup di dunia dahulu, ataupun sebab amalan dan perbuatan saudara-saudara seagama mereka yang masih hidup. Benar Junjungan SAW dalam sebuah sabdaan menyatakan apabila anak Adam itu mati, terputuslah amalannya selain 3 perkara yang masyhur sebutannya. Jelas yang putus itu adalah amalan si mati tersebut, sedangkan amalan orang yang masih hidup tidak terputus. Yang hidup masih boleh melakukan berbagai amalan seperti doa dan istighfar buat arwah di barzakh, juga masih boleh tahlilan dan yaasinan buat mereka. Ya semua itu adalah keihsanan atas saudara seagama dan tiadalah balasan bagi keihsanan melainkan ihsannya Ilahi. Sampai atau tidak, ya itu bukan urusan kita. Atas kita amalnya, atas Allah qabulnya, tetapi kalau pun tidak yakin, tetap kuat sangkaan yang ianya pasti sampai sebagaimana pernyataan ramai ulama kita yang kebilangan. Ya kalau tidak sampai pun tidak mengapa, itu tetap sebagai bukti keihsanan kita dan Allah itu lebih lagi keihsanan daripada kita. Sesiapa yang bergantung harap kepadaNya pasti tidak akan dihampakan.

Mari ambil faedah dari nukilan Mufti Hadhramaut, Habib 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain bin 'Umar Ba 'Alawi rahimahumUllah dalam karya beliau "Bughyatul Mustarsyidin" halaman 97 seperti berikut:-

(Faedah) seseorang melalui kawasan perkuburan lalu dia membaca al-Fatihah dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada ahli kubur yang berada di situ, maka adakah pahala tersebut dibahagi-bahagi antara ahli-ahli kubur itu ataupun setiap seorang daripada mereka akan memperolehi seumpama pahala yang sempurna? Imam Ibnu Hajar rahimahUllah menjawab dengan perkataannya: "Telah memfatwakan sekumpulan ulama dengan yang kedua (yakni setiap seorang ahli kubur tersebut akan memperolehi seumpama pahala yang sempurna bagi bacaan yang telah dihadiahkan itu) dan inilah yang layak dengan keluasan rahmat Allah ta'ala."

Moga rahmat Allah dan ihsanNya sentiasa atas kita dan sekalian umat yang mengaku bernabikan Junjungan Sayyidina Muhammad SAW.

Khamis, 15 Oktober 2009

SEJARAH PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak


Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Ahad, 11 Oktober 2009

ANAK SOLEH



ANAK SOLEH

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Lirik nasyid: U.N.I.C

Isnin, 5 Oktober 2009

Kewafatan Rasulullah SAW

Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengar Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Sabtu, 3 Oktober 2009

ERTI SYAHID




“YA ALLAH, aku mohon mati syahid di jalanMu dan wafat di negeri RasulMu (Madinah)”. Hadis Riwayat Malik. 87.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَوَفَاةً بِبَلَدِ رَسُولِكَ

Inilah bacaan doa Khalifah Umar bin Khatttab RA, Khalifah Ke 2 kerajaan Islam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sewaktu beliau sedang wukuf di Arafah. Beliau telah menceritakan hal ini kepada salah seorang sahabat di Madinah, selepas pulang dari menunaikan ibadah haji itu

“Wahai Khalifah, kalau engkau hendak mati syahid, tak tidak mungkin di sini.. Keluarlah berjihad, baru boleh jumpa!” Komen sahabatnya itu pada Umar.

“Aku dah ajukan pada Allah, terserah pada Allah le!” Jawab beliau.

Esokan paginya, semasa Umar RA sedang mengimami sholat Subuh di masjid, tiba-tiba dalam suasana kegelapan pagi itu, seorang pengkhianat Majusi bernama Abu Lukluah telah menikam beliau dengan tiga tikaman, menyebabkan beliau tersungkur rebah di samping mihrab. Abdur Rahman bin Auf RA cepat-cepat menggantinya, mengambil kedudukan sebagai imam itu dan terus sembahyang sehingga selesai sambil menangis. Tidak lama sesudah itu, Umarpun menghembuskan nafas terakhir. Beliau syahid di jalan Allah. Beliau wafat dalam keadaan sedang memimpin sholat kaum Muslimin. Subhanallah!

Kesimpulannya, berdasarkan riwayat ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Islam menganjurkan supaya umatnya mengharap ‘mati syahid’ Bahkan inilah yang dinanti-nantikan seperti doa para pendahulu itu. Bukan sahaja panduan untuk hidup, bahkan untuk matipun! Mati mulia, itulah mati syahid. Secara umum bererti mati dalam perjuangan menegakkan agama Allah, akibat pembunuhan oleh pihak musuh kuffar di medan perang. Begitu juga Nabi SAW menyebutkan beberapa bentuk kematian seperti mati tenggelam, mati semasa mempertahankan harta dari dirampas perompak, mati kerana terkena wabak, atau juga mati bagi seorang wanita yang sedang berjuang melahirkan bayinya.

Begitu juga Asy-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi, misalnya. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza, Palestin. Hanya beberapa waktu sebelum beliau wafat dalam sebuah wawancara beliau berkata…

“Setiap orang pasti menemui kematian. Kematian boleh datang dalam berbagai bentuk. Kalau aku boleh memilih, aku berharap mati syahid di jalan Allah dalam bentuk dirudal oleh helikopter Apache pasukan Yahudi Zionis Israel...”

Akhirnya memang betul, tidak berapa lama lepas itu beliau ditewaskan oleh oleh helikopter Apache pasukan Zionis sebagaimana yang beliau sendiri cita-citakan. Syahid.. Subhanallah!!

Nabi pernah memberitahu…

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَا

Barangsiapa memohon dengan jujur kepada Allah agar mati syahid maka Allah akan berikan kepada belaiu kedudukan syuhada walaupun beliau mati di atas katil.” (Hadis Riwayar Muslim. 3532.)

Oleh itu berdoalah minta mati syahid. Mengenai Jihad pula sila layari blog ini..
1…Monday, January 19, 2009 Pelajaran Jihad Diharamkan Di Seluruh Universiti Islam?
2…Saturday, January 31, 2009 Qardhawi Mahu Syahid Di Ghazzah, Kita Sertai HAMAS?

Kita sambung kuliah Jihad di sini dengan tafsir dari Surah Al-Fath, untuk mengetahui apa erti menang sebenarnya..

Firman Allah SWT…

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾

لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾
وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾

“SESUNGGUHNYA Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (Qur’an Surah. Al Fath: Ayat1 – 3)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa surah yang mulia ini turun ketika Rasulullah SAW kembali dari Hudaibiyah di bulan Dzulqaidah tahun ke 6 H, yang pada masa itu dihalang-halangi oleh kaum Musyrikin untuk memasuki Masjidil Haram dalam menunaikan umrah. Kaum Musyrikin cenderung untuk mengadakan perjanjian dan gencatan senjata serta meminta Rasulullah SAW pulang pada tahun ini dan kembali lagi pada tahun berikutnya. Tawaran ini disambut oleh Rasulullah SAW meskipun nampak agak ‘kurangsuka’diwajah sebahagian sahabat, diantaranya adalah Umar bin Khattab RA.

Setelah mereka menyembelih haiwan-haiwan kurban dan waktu pulang kemudiannya, Allah SWT menurunkan surah ini. Surah yang menceritakan tentang apa yang terjadi diantara Rasulullah SWT dengan mereka orang-orang Quraisy dan mengatakan bahawa perjanjian tersebut adalah kemenangan kerana terdapat berbagai maslahat didalamnya. (Tafsir Ibnu Katsir juz VII hal 325)

Erti ayat 1 surah di atas, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” (QS. Al Fath : 1)

Terdapat perbedaan pendapat tentang maksud dari kata ‘fath’ (kemenangan) didalam ayat itu. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah Futuh Mekah, berbagai kemenangan yang didapat oleh Rasulullah SAW, kemenangan orang-orang Romawi, ataupun bai’at Ridwan pada hari-hari Hudaibiyah, namun banyak yang menyebutkan bahawa kemenangan itu adalah perjanjian Hudaibiyah.

Az Zuhri mengatakan bahawa tidak ada kemenangan yang lebih besar dari perjanjian Hudaibiyah, dimana orang-orang Musyrik bercampur dengan kaum Muslimin memperdengar perkataan mereka, mulai bersemayamnya Islam di hati mereka, sehingga dalam kurun waktu tiga tahun ramai manusia yang masuk kedalam agama islam . (Fathul Qodir juz V hal 44)

Ayat setrussnya, ertinya : “..supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (QS. Al Fath : 2 – 3)

Ibnul Anbari mengatakan bahawa kata ‘fathan mubina’ (kemenangan yang nyata) belum sempurna kerana perkataan,”supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu” masih berkaitan dengan kemenangan tersebut, seakan-akan Dia mengatakan ”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata” agar Allah SWT mengumpulkan buatmu dengan kemenangan ini ampunan dan mengumpulkan bagimu dengannya berbagai hal, yang menyenangkan pandanganmu di dunia dan akhirat.

Sayyid Qutb mengatakan bahawa kemenangan Hudaibiyah ini pun diikuti oleh berbagai kemenangan lainnya, seperti:

Satu: Kemenangan dalam Da’wah. Ibnu Ishaq mengatakan bukti kebenaran perkataan Az Zuhri diatas, adalah bahawa Rasulullah SAW tatkala berangkat menuju Hudaibiyah bersama dengan 1,400 orang, menurut penuturan Jabir bin Abdullah dan dua tahun kemudian beliau SAW berangkat lagi pada masa Futuh Mekah (kemenangan di Mekah) bersama 10,000 orang.

Kedua: Kemenangan di bumi. Kaum Muslimin masa itu merasa aman dari kejahatan orang-orang Quraisy, untuk itu Rasulullah SAW mengarahkan da’wahnya dalam rangka pembebasan jazirah dari sisa-sisa kejahatan orang-orang Yahudi, setelah membebaskannya dari Yahudi Bani Quinuqo, Bani Nadhir dan Bani Quraizhoh.. Dan kejahatan itu tergambar pada kekokohan benteng Khaibar yang menakutkan dijalan menuju Syam. Kemudian Allah SWT menundukkannya bagi kaum Muslimin dan mereka mendapatkan ghonimah yang banyak.. Dan Rasulullah SWT mengkhususkan ghonimah tersebut untuk orang-orang yang telah ikut serta dalam peristiwa Hudaibiyah.

Ketiga: Kemenangan pada sikap antara kaum Muslimin di Madinah, Quraisy di Mekah dan seluruh kaum Musyrikin yang berada di sekitar mereka… Orang-orang Quraisy mengakui ketangguhan dan eksistensi Nabi dan kaum Muslimin, dan menganggap bahawa Nabi dan kaum Muslimin adalah musuh mereka. Tetapi mereka menghalangi Nabi dan sahabatnya dengan cara yang paling baik pada waktu dimana mereka telah memerangi Madinah dalam dua tahun dengan dua kali peperangan dan peperangan terakhir adalah satu tahun sebelum Hudaibiyah ini.

Kaum Muslimin juga nampak begitu kuat di mata kabilah-kabilah, orang-orang Arab pun banyak yang mundur dari memeranginya, dan semakin tidak terdengar lagi suara-suara orang-orang munafiq.. Rasulullah SAW pula begitu gembira dengan surat ini. Hatinya gembira dengan karunia Allah yang besar diberikan kepadanya dan orang-orang beriman yang bersamanya. Bergembira dengan kemenangan yang nyata, ampunan yang menyeluruh, kenikmatan yang sempurna, petunjuk kepada jalan Allah yang lurus, pertolongan yang kuat dan dengan keredhoan Allah SWT kepada orang-orang beriman yang telah mensifatkan mereka dengan penyifatan yang mulia. (Fii Zhilali Qur’an juz VI hal 3316 – 3317)

Jalan Menuju Kemenangan

Surah ini memberikan penjelasan bahawa kemenangan yang diperoleh kaum Mukminin tidak selamanya harus melalui suatu kontak senjata dengan orang-orang kafir atau musuh-musuhnya, namun kemenangan juga bisa diperoleh melalui suatu perjanjian atau perdamaian dengan mereka selama hal itu memang memberikan kemaslahatan bagi da’wah Islam dan kaum Muslimin.

Kondisi realiti umat Islam saat ini yang terus menerus menjadi ‘mangsa’ orang-orang kafir tidaklah boleh dikatakan kontradiksi dengan surat Al Fath ini yang menceritakan tentang kemenangan yang diperoleh kaum Mukminin. Perintah Allah SWT kepada Rasul Nya dan juga orang-orang beriman untuk pergi berumrah yang kemudian dihalang untuk memasuki Masjidil Haram oleh orang-orang Quraisy dan pada akhirnya menghasilkan perjanjian Hudaibiyah ini terjadi pada tahun ke 6 H.

Perjanjian yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai kemenangan yang nyata ini tidaklah terjadi secara tiba-tiba atau tanpa sebab. Allah SWT tidak memberikan kemenangan ini diawal-awal da’wahnya ketika di Mekah ataupun ketika mereka baru tiba hijrah di Madinah. Tetapi Allah SWT memberikan kemenangan ini setelah 13 tahun da’wah Islam ini muncul dan dibawa oleh Rasulullah SAW di Mekah dan 6 tahun da’wah ini mewarnai masyarakat Muslim di Madinah.

Selama masa itu Rasulullah SAW mempersiapkan suatu generasi yang kuat, kokoh, sabar dan tahan akan berbagai ujian yang menerpa mereka sebagai satu konsekuensi dari perjalan da’wah di jalan Allah SWT untuk menyongsong kemenangan yang dijanjikan Allah SWT termasuk Hudaibiyah ini. Selama masa itu berbagai ujian dan peristiwa-peristiwa besar mewarnai perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya, diantaranya :

Pada fase Mekah terjadi berbagai penyiksaan dan intimidasi yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, pemboikotan selama tiga tahun, penolakan masyarakat Thaif terhadap da’wah. Yang pada akhirnya fase ini ditutup dengan hijrahnya kaum Muslimin dan Rasulullah SAW ke Madinah.

Pada fase Madinah sebelum terjadi perjanjian Hudaibiyah berbagai upaya dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mengukuhkan masyarakat Muslim pertama tersebut, seperti pembangunan masjid dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Anshor dan setelah itu Allah SWT mengizinkan mereka untuk berperang melawan orang-orang yang menentang da’wah sehingga terjadilah berbagai peperangan, seperti Badar, Uhud, dan Ahzab disamping peperangan melawan orang-orang Yahudi.

Dari perjalanan da’wah generasi Muslim pertama tersebut maka kondisi umat Islam saat ini merupakan salah satu proses untuk meraih kemenangan yang dijanjikan Allah SWT. Meskipun kesewenang-wenangan orang-orang kafir terhadap kaum Muslimin begitu melampaui batas terlebih lagi didukung dengan berbagai saranan yang dimilikinya namun hingga saat ini mereka belum mampu menguasai kaum Muslimin. Soviet Union cuba takluk Afghanistan, Amerika pernah diusir dari Somalia, dan akan barambus dari bumi Iraq dan Afghanistan. Hingga sekarang hendak hapuskan HAMAS di Gaza dan mahu hancurkan Iran pula.

Tetapi ternyata Allah SWT takdirkan hal itu tidak terjadi dan justru kemenangan berada di pihak mujahidin Gaza bahkan mereka mendapatkan simpati dari seluruh masyarakat dunia. Berbagai kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang kafir terhadap kaum Muslimin di bumi mereka tidak akan pernah sanggup memusnahkan Islam dan kaum Muslimin… Di Malaysia perjuangan menegakkan keadilan dan Agama Allah dalam semua bidang termasuk politik tetap diteruslkan. Oleh itu tentu ada kemenangan dan syahid, dan tidak akan pernah meredupkan cahaya Allah yang akan senantiasa menyinari bumi ini.

Justru itu semua akan semakin menyedarkan kaum Muslimin bahawa pertentangan antara haq dan batil akan terus berlangsung hingga hari kiamat dan juga akan menyedarkan mereka untuk kembali kepada Allah SWT. Kembali berkomitmen dengan nilai-nilai robbani, dan mengukuhkan ukhuwah Islamiyah sebagai modal meraih kemenangan yang telah dijanjikan Allah SWT.

Firman Allah SWT…Ertinya : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.” (QS. Al Baqoroh : 214)

Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada seluruh mujahidin yang berjuang di jalanNya, samada di dalam dan luar negara demi meninggikan kalimat-Nya dan menyatukan umat ini didalam satu barisan yang kokoh. Wallahu A’lam

EID MUBARAK 1430 HIJRAH


Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Fithri. Maaf Zahir & Batin. Mudah-mudahan kita dirahmati dan diberkati Allah SWT sentiasa, tiap masa, tiap ketika. Jangan pula lupa untuk terus menghidupkan malam raya ini dengan amal - ibadah seumpama malam - malam Ramadhan yang lepas, dengan berzikir terutama sekali bertakbir serta bertahmid, berqiyamullail, bersholawat dan berdoa kepada Allah SWT. Sungguh telah warid beberapa hadits mengenai keutamaan menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Dan inilah yang sering dilalaikan oleh kita yang mengambil malam raya sebagai malam untuk beristirehat setelah berqiyam dalam malam-malam Ramadhan. Moga dengan menghidupkan malam ini dengan ibadah, Allah akan terus menghidupkan hati kita dengan keimanan, keyakinan, ketakwaan, mahabbah dan makrifah. Justru menjadikan hati tersebut qalbun salim (hati yang sihat sejahtera yang diredhai Allah).

Maka telah berkata Imamuna an-Nawawi dalam karya beliau, "al-Adzkaar" pada "bab al-adzkaar al-masyruu`ah fi al-'eiidain" seperti berikut:-

Ketahuilah bahawasanya mustahab hukumnya menghidupkan malam dua hari raya dengan berzikir kepada Allah dan sembahyang serta melakukan lain-lain amalan ketaatan kerana telah warid hadits berhubungan dengannya: "Sesiapa yang menghidupkan malam dua hari raya (yakni malam hari raya `aidil fithri dan malam hari raya 'aidil adha), nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya segala hati." dan "Sesiapa yang mendirikan malam dua hari raya kerana Allah semata-mata, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya segala hati". Demikianlah hadits sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i dan Ibnu Majah, dan ianya adalah hadits dho'if yang kami riwayatkan daripada riwayat Abu Umamah secara marfu' dan mawquf, dan kedua-duanya adalah dho'if, akan tetapi hadits-hadits berhubung dengan persoalan fadhail tidaklah mengapa untuk dijadikan amalan sebagaimana telah kami dahulukan sebutannya pada awal kitab ini.

Para ulama telah berbeza pendapat mengenai kadar bagi menghasilkan menghidupkan malam tersebut, maka pendapat yang adzhar ianya tidaklah terhasil melainkan dengan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut. Dan terdapat juga qil yang menyatakan bahawa terhasil walaupun dengan sebentar.
Selain daripada itu, maka Syaikh Abdul Hamid Quddus @ Kudus menulis dalam "Kanzun Najaah was Suruur" halaman 111 beberapa amalan yang dianjurkan pada hari raya, antaranya:-

Daripada Junjungan Nabi SAW: "Sesiapa yang mengucapkan سبحان الله و بحمده tiga ratus (300) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada kaum muslimin yang telah meninggal dunia, dimasukkan dalam setiap kubur mereka 1000 nur dan dijadikan Allah baginya ketika dia mati 1000 nur dalam kuburnya."
Mudah - mudahan Allah SWT menerima segala amalan kita dan inilah sebahagian lagi zikir yang dianjurkan oleh ulama kita untuk diamalkan pada pagi hari raya.


**************************************
عيد مبارك كل عام و أنتم و أهليكم بخير