Rabu, 26 Disember 2012

HOMESTAY ABUHUSNIE

Homestay Abuhusnie.,terletak di Taman Simpang berhampiran 5 km susur keluar Tol Changkat Jering. Kemudahan yg disediakan:- 1. 3bilik tidur 2. 2 bilik air 3. Dapur (peruk nasi elektrik dan pemanas air disediakan) 4. Peti sejuk 5. Ruang tamu ( set sofa, tv dan astro) 6. Set meja makan 7. Parkir kereta berbumbung 8. Mesin basuh Tempat2 menarik yg berhampiran: 1. Taman Tasik Taiping-(5km) 2. Zoo Taiping/ Night Safari- (5km) 3. Muzium Perak- (5km) 4. Bukit Larut- (6km) 5. Lawatan Kelip2 di Kg. Dew- (10km) 6. Muzium Ngah Ibrahim- (3km) 7. Pusat Eco Pelajaran ( Hutan Paya Bakau)- (8km) 8. Mee Udang Banjir Kuala Sepetang- (8km) 9. Taman Tema Lake Town Bukit Merah - (20km) Sesuai utk pasangan berbulan madu & membawa keluarga yang ingin bercuti,majlis kenduri kahwin & lain2 hal serta lebih ekonomi. Sesiapa yang berhajat sila hubungi: 019-4777368

Rabu, 29 Ogos 2012

JOM PUASA 6

Apabila tiba lebaran, antara nikmat yang dianugerahkan kepada kita di Malaysia, meja-meja makan kita penuh dengan hidangan yang berbagai jenis rupa. Maka nafsu makan yang selama sebulan cuba dikekang dengan berpuasa pun kembali bergelora. Namun jika kita kembali berpuasa, ianya sedikit sebanyak akan dapat melemahkan gelojak nafsu makan tersebut. Oleh itu, Junjungan Nabi SAW menganjurkan sebagai tuntutan sunnat untuk kita kembali berpuasa dalam bulan Syawwal selama 6 hari dengan ganjaran yang sungguh lumayan. Betapa tidak, dalam suasana nafsu makan yang sedang bergelojak, kita kekang dan kawal dengan berpuasa. Dengan melaksanakan puasa sunnat enam hari ini kita dijanjikan dengan ganjaran pahala seumpama berpuasa sepanjang tahun. Sungguh luar biasa dan agung ganjaran yang dijanjikan ini. Maka kenapa ye, masih ada yang segan-segan, malu-malu, malas-malas, untuk mengambil kelebihan ini. Sesungguhnya ibadah puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal ini adalah antara kemurahan Allah SWT ke atas umat ini. Amalan ini adalah salah satu cara yang ditunjukkan oleh Junjungan Nabi Muhammad SAW bagi umat baginda yang dhoif ini untuk meraih ganjaran puasa sepanjang tahun. Tak mampu rasanya kalau kita nak berpuasa sepanjang tahun, minus hari-hari yang diharamkan berpuasa. Puasa yang hok sebulan tu pun, ada yang kantoi, tok sah nak cakap puasa setahun. Oleh itu, janganlah kita yang dhoif ini menyombong diri dan bersikap bongkak menolak hadiah sebesar ini. Puasa 6 ini afdhalnya dilakukan berturut-turut selama 6 hari dalam bulan Syawwal menurut mazhab Syafi`i dan Hanbali, manakala menurut mazhab Hanafi dan Maliki yang afdhal adalah ianya dibuat secara berpisah-pisah dan tidak berturut-turut. Ini adalah segi afdhaliyyahnya sahaja, samada dibuat berturut-turut atau berpisah-pisah tetap dihukumkan sunnat dan diberi ganjaran sebagaimana dijanjikan dengan syarat kabul diterima Allah SWT. Marilah kita melaksanakan amalan sunnat ini, mudah-mudahan dapat menambah bekalan kita untuk kehidupan akhirat yang lebih bahagia.

Isnin, 16 Januari 2012

KE MANA PERGINYA ROH SETELAH KELUAR DARI JASAD


Oleh:
Ustaz Ya`ali Bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan,  Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan   tempatnya di dalam syurga”.  Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Aapabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya,   ketika  jasadnya diusung  ia boleh mendengar suara  orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.
Apabila  disembahyang   dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.

Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung  dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah;  dan dikatakan kepadanya  Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.
Dalam satu riwayat lain dikatakan;  Seorang bermimpi bertemu dengan  Muhammad bin Nabatah setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah keatas kamu”, ia menjawab ; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya kepadaku;  “Kamu adalah orang yang membenarkan kata-kata mu semasa hidup didunia,  sehingga orang memujimu”, lalu aku  berkata; “maha suci Engkau Ya Allah dan seterusnya aku    mengajar mereka    tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu tauhid”.

Lalu Allah berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”,  aku pun berkata; “Dia,  Allah s.w.t. akan menghancurkan manusia  sebagaimanaDia menciptakannya, Dia  akan  menjadikan manusia tidak bercakap  sebagaiman Dia membuat manusia   bercakap, Dia menciptakan manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar, pergilah! Aku telah mengampunimu”.

Begitu juga dengan kata Mansur bin Imar, seorang    bermimpi bertemu dengannya setelah meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”, ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “ Dengan apa yang kamu datang  kepadaKu wahai Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tigapuluh enam hujjah (alasan). Jawab Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi; “Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”.  Allah berkata lagi;  “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu itu”,  lalu Dia bertanya  lagi; “Dengan apa kamu datang  bertemuKu  wahai Mansur?”, aku menjawab, “   “Aku datang  kepadaMu dengan Mu Ya Allah”.  Maka Allah s.w.t. pun menjawab” Mahasuci Allah, sekarang baru kau  datang disisiKu,   pergilah,  Aku telah mengampunimu”.  Sekian wallah `alam.

Bahan bacaan, Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkiran al-Qurtubi, Jasmin, cetakan pertama 2008,  Hal. 50