Hadith: Tsa’labah Tidak Membayar Zakat
1. Maksudnya:
“Celakalah kamu wahai Tsa’labah, sedikit (harta) yang membawa kamu bersyukur lebih baik dari banyak (harta) yang membawa kamu tidak mampu menanggungnya.”
2. Nota:
1. Hadith ini kononnya mengenai seorang sahabat yang bemama Tsa’labah bin Hatib Al-Anshari yang tidak membayar zakat setelah ia meminta dari Nabi SAW supaya mendoakannya menjadi kaya. Ia juga meninggalkan solat berjamaah dan seterusnya solat Jumaat setelah kambingnya semakin membiak dalam jumlah yang banyak. Sampai kepada zaman pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Uthman, kesemuanya enggan menerima zakat dari Tsa’labah disebabkan Nabi SAW sendiri pemah enggan menerima zakatnya. Akhimya Tha’labah mati di zaman pemerintahan Uthman RA.
2. Kisah Tsa’labah ini dijadikan sebab turunnya ayat 75-77 Surah At-Taubah. Maksudnya:
“Di antara mereka itu ada yang telah berjanji dengan Allah SWT: Demi jika Dia memberikan kepada kami kurniaNya, nescaya kami sedekahkan dan kami termasuk orang-orang yang soleh. Tatkala Allah memberikan kurniaNya kepada mereka, mereka menjadi bakhil dan berpaling, sedang mereka tetap berpaling. Lalu Allah menjadikan akibat mereka jadi munafiq dalam hatinya sampai pada hari mereka menemuiNya (hari qiamat), disebabkan mereka telah melanggar yang mereka janjikan, lagi kerana mereka berdusta.”
3. Periwayat-Periwayat Hadith:
- At-Thabarani
- Al-Baihaqi
- At-Thabari
4. Status Hadith: SANGAT LEMAH
5. Sebabnya:
Di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu:
1. Mu’an bin Rifaah As-Salami:
- Kata Imam Abu Hatim: Ditulis hadithnya tapi tidak boleh dijadikan hujah.
- Kata Imam Ibnu Ma’in: Ia lemah.
- Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang lemah hadithnya.
2. Ali bin Yazid Al-Alhani:
- Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam An-Nasa’i, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Al-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
- Kata Imam Abu Zur’ah: Ia tidak kuat.
- Kata Imam Ibnu Abi Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
Kelemahan hadith ini diperkuatkan lagi oleh:
1. Imam Al-Iraqi di dalam “Takhrij Al-Ihya’” dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini lemah.
2. Imam Ibnu Hajar di dalam “Takhrij Ahadith Al-Kasyaf’ dengan kenyataannya bahawa sanad hadith ini sangat lemah.
3. Kata Imam Ibnu Hazm di dalam “Al-Muhalla”: Riwayat ini bathil.
4. Kata Imam Al-Munawi didalam kitabnya “Faidhul Qadir”: Lemah
6. Keterangan:
- Kata Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya yang bermaksud:
“Tsa’labah adalah ahli Badar dari golongan Ansar dan termasuk dari kalangan orang yang dipersaksikan oleh Allah dan Rasulnya dengan keimanan. Apa yang diriwayat mengenainya (yakni kisahnya serta sebab turun ayat ) adalah tidak sahih”.
- Kata Imam Ibnul Athir didalam kitabnya “Usudhul Ghabah”: Mereka semuanya (yakni Imam Ibnu Mandah, Imam Abu Nu’aim dan Ibnul Abdul Barr) mengatakan bahawa Tsa’labah berperang dalam perperangan Badar.”
- Penegasan tentang penyertaan Tsa’labah dalam perperangan Badar dikuatkan lagi oleh Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Hazm, Imam Abdul Barr dan Imam Ibnu Hajar.
7. Kesimpulan:
- Adalah tidak masuk akal sahabat yang mulia ini, yang dipersaksikan keimanannya oleh Allah dan Rasul melakukan demikian dan sebegitu sekali kesudahan hidupnya.
- Ahli Badar merupakan orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul sebagaimana disebutkan di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, maksudnya:
“Datang Jibrail AS bertanya kepada Nabi SAW: Apa pandangan kamu mengenai orang yang berperang di Badar? Jawab Nabi SAW: Mereka adalah orang yang terpilih di kalangan kami”.
- Ahli Badar tidak akan sekali-kali masuk neraka, sabda Nabi SAW di dalam Hadith Riwayat Imam Ahmad yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka sesiapa yang menghadiri perperangan Badar dan Perjanjian Hudaibiyyah”.
- Ahli Badar diampunkan dosanya oleh Allah. Allah SWT berfirman dalam Hadith Qudsi riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Tirmidzi yang bermaksud:
“Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar), sesungguhnya Aku telah mengampunkan segala dosa kamu”.
- Sebaiknya kisah sahabat yang mulia ini tidak lagi dijadikan bahan cerita setelah nyata ianya tidak benar kerana dibimbangi termasuk dalam mencela sahabat-sahabat Nabi SAW. Sabda Nabi SAW dalam Hadith Hiwayat At-Thabarani yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencela sahabat-sahabatku maka ke atasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya”.
Allahu a’lam bisshawab..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan