Isnin, 12 Julai 2010

Semenanjung Tanah Arab Sebagai Tapak Pancaran Agama Islam.

Semenanjung Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh terpencil dari segala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah merasai dengan kemewahan dan kemajuan seperti Parsi yang boleh membawa mereka kea rah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkanmereka menjajah Negara-negara di sekitarnya. Mereka tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
Tabiat semulajadi mereka inintidak ubah seperti suatu bahan mentah yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan mereka seorang manusia semulajadi yang bersih mempunyai kemahuan yang kuat kea rah pembentukan manusia yang terpuji yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenarnya. Mereka membunuh anak perempuan kerana ingin menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan yang mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri.




قال الله تعالى:
وإن كنتم من قبله لمن الضآ لين


Yang Bermaksud:
"dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat".
(surah al-Baqarah ayat 198)


    Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan atas mereka.


    Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.
    
    Di samping semuanya ini, semenanjung arab di segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak disekelilingnya.
    
    Bukanlah seperti mana yang telah disangka oleh sesetengah golongan yang menyatakan bahawa pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini ta'sub dan membanggakan keburukan, kehancuran, dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubati dan member tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamaddun.
    Hikmah ilahiyah memilih semenanjung arab dan rasul utusan itu tadi agar manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulan-Nya. Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat Rasulullah diutuskan di mana didalamnya wujud satu biah buta huruf juga dan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup disekelilingnya mereka juga belum pernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.


    Antara hikmah ilahi yang lain adalah:

  • Allah S.W.T. telah menjadikan Baitul Haram itu tumpuan dan kesejahteraan umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Lembah Makkah ini telah manjalankan seruan bapa para Anbiya' iaitu Saiyidina Ibrahim A.S. yang menjadi muara seruan agama islam yang pertama iaitu agama nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir
    "خاتم النبين"
  • Dari segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung arab telah dipilih untuk bebanan tanggunggjawab da'wah Islamiyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah-tengah berbagai bangsa. Situasi ini telah menyebabkan penyebaran da'wah islam dalam kalangan bangsa-bangsa dan Negara yang disekelilingnya tersebar dengan mudah.
  • Dan hikmat Allah juga yang menjadikan bahasa Arab sebagai media da'wah islam dan bahasa yang pertama buat menerangkan dan mentafsirkan percakapan dan kalam Allah untuk disampaikan kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan