P'raya Penanti: Umno putuskan esok
Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya petang esok.Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan-badan perhubungan Umno negeri.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut pada 23 Mei depan.Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.Semalam, SPR mengumumkan Datuk Dr Mansor Othman, 58, sebagai calonnya di Penanti.Pemilihan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan