Khamis, 28 Mei 2009

APA NAK JADI DENGAN NEGERIKU


Apa sudah jadi dengan negeriku, nampak gayenye sekarang semua agensi yang ade di negaraku hanya membantu kerajaan Be End semata-mata. Suara rakyat tidak lagi diendahkan, yang penting memastikan temolok-temolok pimpinan Be End dipenuhi dengan wang haram dan rasuah. Rakyat yang pada peringkat awalnye malas nak ambil tahu tentang dunia politik, sekarang di mana-mana sahaja mereka berbicara tentang isu yang berlaku di negeri Perak.


Rata-rata masyarakat yang kita jumpa meluahkan rasa muak dengan sistem kehakiman dan pihak keselamatan yang bekerja bukan untuk memelihara keselamatan dan keharmonian negara tetapi lebih menjaga pihak kerajaan Be End. demokrasi sudah berkubur di negaraku yang tercinta. rakyat terus diperbodohkan dengan janji-janji palsu yang kononnya mereka adalah pembela agama dan bangsa, tetapi rakyat tidak sedar Be End lah yang membelakangkan agama perosak bangsa dan negara. Ayuh bangsaku dan seluruh rakyat negeri Perak. bangunlah kita menyedarkan pemimpin-pemimpin yang rakus untuk merampas hak rakyat negeri Perak untuk diagih-agihkan sesama mereka.


Wahai Menteri Besar Mahkamah (MBM)! Tak malukah anda duduk di kerusi yang dirampas melalui pintu belakang Istana. Tok sah dok bagi alasan yang bukan-bukan, rakyat sekarang dah cerdik, bukan macam dulu yang hanya mendapat sumber-sumber maklumat daripada massa yang hangpa kontrol. Tahniah MBM kerana berjaya menduduki kerusi keramat itu, dan selamat menjalankan tugas sebagai MBM yang bekerja untuk rakyat UMNOPUTERA.


Nak termuntah tengok muke-muke pengampu pimpinan bodoh macam lembu. Teruskan agenda meratah harta rakyat Perak.

Isnin, 11 Mei 2009

Pilihanraya negeri akan diadakan semula di Perak.


Menteri Besar yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin di jangka memohon menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan semula.Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi perlembagaan, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim turut memerintahkan supaya Zambry dan barisan enam EXCO Barisan Nasional mengosongkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.Beliau berkata kerajaan negeri Perak harus kembali semula di bawah teraju Nizar.Hakim Abdul Aziz juga berkata pilihanraya negeri harus diadakan semula.Keputusan mahkamah tinggi itu, jika dihormati oleh Barisan Nasional, mampu menyelesaikan kemelut politik Perak yang berpanjangan setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini. Krisis itu tercetus apabila BN dikatakan menawarkan gula-gula politik kepada tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk lompat keluar dan menyokong BN.Sultan Perak seterusnya melantik Zambry sebagai Menteri Besar walapun jawatan berkenaan masih diisi oleh Datuk Seri Nizar dari Pakatan Rakyat.Nikar merujuk pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan keputusannya hari ini.Zambry enggan menunggu untuk keputusan mahkamah dan terus mengatur untuk diadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.Polis di bawa masuk ke sidang itu untuk mengheret keluar Speaker Dewan V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon pilihan sendiri dan seterusnya menguasai Dewan Undangan Negeri Perak.Insiden itu mengaibkan Malaysia di kaca mata dunia namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.Najib adalah Pengerusi BN Perak dan dilihat sebagai orang yang mendalangi rampasan kuasa berkenaan. Beliau belum mengulas keputusan mahkamah hari ini yang disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Setiausaha Agong PAS Kamaruddin Jaafar berkata mahkamah secara nyata dan jelas menyatakan “penggunaan polis dan jentera kerajaan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat ternyata tidak betul dan melanggar perlembagaan.”Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Najib harus akur dengan keputusan mahkamah dan mengambil langkah susulan untuk membetulkan keadaan di Perak.“Langkah pertama ialah mengembalikan Nizar sebagai Menteri Besar sah bagi membolehkan beliau menghadap Sultan untuk membubarkan Dewan supaya pilihanraya negeri diadakan,” kata Saifuddin.Setiausaha Kerja DAP Teresa Kok berharap permohonan Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan pilihanraya negeri diadakan akan mendapat perkenan Sultan.“Barisan Nasional tidak harus menghalang langkah ini kerana inilah pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Perak,” kata Teresa.
Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 5/11/2009 05PM

NIZAR MB YANG SAH, KATA MAHKAMAH TINGGI


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.Sebaik sahaja selesai sidang media ringkas, Nizar bergegas ke Ipoh untuk menghadap Baginda Sultan Perak bagi memohon agar Dun dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya Perak diadakan segera.

Post by Siasah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.


Firman Allah swt:-


"Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang."

Ahad, 3 Mei 2009

WARKAH BUAT JAMIL KHAIR


Assalamualaikum wrh wbt.
Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.
Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
Di poskan oleh MUSLIMEEN

5,000 orang je!


PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding ‘dilarang’ membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.
Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.
Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
“SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.
Aspek itu juga telah disentuh pada pertemuan dengan parti-parti politik 23 April lalu tetapi soal bilangan hanya dipersetujui Khamis lalu dalam pertemuan dengan polis.
Beliau memberitahu, walaupun 5,000 penyokong dibolehkan mengiringi calon sehingga kawasan pekarangan pusat penamaan calon, hanya 50 orang sahaja akan dibenar memasuki khemah tetamu khas di dalam pusat penamaan calon.
Lazimnya, himpunan ribuan penyokong calon menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil.
Sambil menyifatkan bilangan yang diputuskan itu sebagai munasabah, kata beliau, SPR menyerahkan kepada polis untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
“Oleh kerana perkara ini tidak disebut dalam mana-mana peraturan pilihan raya, jadi apa yang SPR boleh buat ialah mengharap dan merayu kepada parti-parti politik agar memastikan kehadiran tidak melebihi 5,000 orang.
“Bagaimanapun apabila polis melaksanakan pendekatan ini di luar kawasan (pusat penamaan calon), terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut kuasa dan tanggungjawab mereka,” katanya.
Wan Ahmad mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.
“Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah… mungkian beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah,” kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.
Kata Wan Ahmad, pihaknya mahu mengambil langkah-langkah proaktif sebelum keadaan bertambah buruk pada masa depan.
Jelas beliau, parti-parti politik sebenarnya telah diminta mengambil langkah mengawal emosi dan perlakuan para penyokong tetapi keadaan tidak berubah.
“Apa yang kita boleh buat ialah merayu kepada parti-parti politik yang bertanding mematuhi keputusan yang dicapai ini,” katanya.
“Kami memerlukan kerjasama parti-parti politik… kerjasama sangat diperlukan,” katanya.
Selain pendekatan itu, SPR telah memutuskan untuk melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari pengundian berlangsung.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyifatkan nasihat yang diputuskan oleh SPR itu sebagai langkah baik untuk mengawal situasi semasa pilihan raya kecil khususnya penamaan calon.
“SPR sudah memberikan nasihat dan kami berharap mereka akan mematuhi nasihat ini,” kata beliau sambil menambah bahawa Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah akan memaklumkan parti-parti politik mengenai pendekatan baru ini.
Musa juga menghadiri pertemuan dengan SPR Khamis lalu.
SPR dan Polis Buat Cerita Lawak Bodoh Lagi!
Satu lagi lawak di pagi minggu!! Mengapa 5,000, bukan 6,000, bukan 7,000 penyokong? Ya, ia kerana penyokong BN yang termampu hadir pada hari penamaan calon biasanya tidak lebih 5,000. Malah jumlah 5,000 itu pun kepada BN dianggap sangat besar. Berbeza dengan PR yang kehadiran penyokong 20,000 dianggap perkara biasa.
Tapi kepada penyokong PR jangan gelabah dengan berita ini. Ia bukan peraturan yang ada dalam Akta Pilihanraya, ia cuma satu understanding antara SPR dan polis. Lagi pun siapa hendak pastikan bilangan penyokong yang mengiringi calon 4,000 orang, 4,999 orang atau 5,001 orang? SPR dan PDRM akan keluarkantiket kepada penyokongkah bagi menentukan bilangan penyokong tidak melebihi 5,000? Jangan buat cerita lawak bodohlah SPR!
Di poskan oleh MUSLIMEEN pada 5/03/2009 11:33:00